Jumaat, 15 November 2013

Encik Mimpi-Rindukanlah

ASSALAMMUALAIKUM...

Ku Benar-Benar Sayang 
Pada Dirimu Oh Kasihku 
Janganlah Engkau Ragu 
Pada Diriku

Dan Ku Berkelana Mencari 
Harapan Yang Kita Impikan.. 
Dari Terbitnya Sang Suria... 
Hingga Tenggelam..

Dan Ku Ingin Cinta Sejatimu 
Dan Ku Ingin Harapan Hatimu 
Oh Janganlah Engkau Bersedih 
Oh Ikhlas-Ikhlaskanlah.. Hatimu

Rindu-rindukanlah Diriku 
Sepanjang Hari-Harimu 
Sayangku 
Ku Adalah Milikmu 
Sayangku Adalah 
Milikmu Yang Kau Rindu..

Doa-doakanlah Diriku Di Dalam Hatimu 
Di Dalam Nafasmu 
Sepanjang Hari-harimu..

Lagu nie jugak ost citer playboy itu suami aku...
first time dengar lagu nie,terus jatuh cinta...hikhik
suke dengar liriknya,bila dengar lagu nie.Teringat kat si dye yg jauh di mata.
perangai dye yg giler-giler,rindu nak gado-gado ngan dye.Bukan gado smpai tumbok2 taw.Takde okkk.Just gado-gado manje gitu.Untuk awak,jage diri baek-baek.Jage kesihatan.





Till then..

Gud nite,people..xoxo

Jumaat, 1 November 2013

Psikologi mengatakan....


ASSALAMMUALAIKUM...


 Apabila seseorang itu terlalu ketawa
terbahak-bahak biarpun hanya perkara kecil
yang langsung tidak lucu dan kelihatan

... bodoh, dia sebenarnya seorang yg
mempunyai jiwa yg sangat sunyi.

 Sekiranya seseorang itu banyak tidur, dia
org yang kuat bersedih.

 Apabila dia kurang bercakap tetapi pantas
dalam berbicara, bermakna dia menyimpan
seribu rahsia.

 Sekiranya dia sukar untuk mengeluarkan
airmata, dia seorang yg lemah.

 Kalau senang menangis meskipun benda
yg kecil sahaja, dia seorang yg berhati
lembut.

 Dan sekiranya dia cepat marah biarpun
perkara sekecil kuman, itu bermakna dia
perlukan kasih sayang.
Berusahalah untuk memahami orang lain,
selepas kita memahami diri kita sendiri.
Bukan 100% betul, tetapi ada sedikit
kebenarannya disitu...~

Khamis, 3 Oktober 2013

emosi tak stabil

ASSALAMMUALAIKUM...






Tak taulah kenapa,rasa malas sangat.Dahlah esok ada paper HR pulak tuh.Please wiyah wake up!!!Sedarlah sebelum terlambat.Ya allah,tolonglah hambamu buang sifat malas dalam diri nie.Bru baca 2 chapter jew.Seriously,emosi pown memang tak stabil giler.Tadi on call ngan mr.s pown asik nak mara jew.Cian dye,dahlah dye ngah demam.Sori awak,tak taulah nape ngn saye malam nie.Rase nak nangis,rasa keseorangan sangat.Mak abah,help me.Kenapa ngan aq nie.Jauhkanlah dari sebarang perkara buruk yang akan menimpa diriku nie.Sekarang nie,ngah layan lagu untuk hilangkan rase yang ntah ape-ape nie.Kawan dah bagi hint ape yang masuk pown,still tak bole nak masuk jugak dalam otak.Still tak leh nak ingat.Wahai emosiku,tolonglah kembalikan emosiku yang stabil.Nak nangis pown tak leh.Baru kejap tadi,saye text mr.s says sorry to him.Huarrghhhh what happen to me!Ya allah,jagakan hambamu nie.Tak tau nak taip ape dah.



Till then,xoxo

Gud nite people...

please don't be selfish

ASSALAMMUALAIKUM...


Di dunia nie,kita tak tinggal seorang diri.Masih ade hati yang kita perlu jage iaitu orang disekeliling kita.Let's straight forward,especially time blajar kt u,kolej or mne2 lah kan.Kita patut jage ati orang lain,respect each other.Memang rase nak mara,geram sume ade.First thing,salah kita tegur.Takkanlah nak wat dont know jew kan.Dah nasihat lemah lembut tapi wat tak tau and pekakkan telinga ape yang kteorang nasihatkan.Bila cakap lembut-lembut pown tak jalan jugak kteorang terpaksa guna cara yang kedua nie.Mara-maralah kan ape lagi.Bila dah mara,tak jalan jugak weyh.Pe lagilah nak kteorang buat,pe lagi.


Plz wahai hamba allah yang seorang nie,please ubahlah perangai tuh.Dah tak tahan dengan perangai awak yang selfish,muka tembok,orang bagi nasihat tak nak dengar.Dah berbuih-buih nasihatkan awak cik akak oitttt.Ya allah,pe lagi kteorang patut buat.Sampai lepas nie awak nak buat ape,buatlah.Malas nak tegur dah,penatlah.Tolonglah pikirkan perasaan orang lain,janganlah buat perangai sampai orang lain pown dah naek menyampah.Kita hidup kat dunia nie tak ada yang perfect awak.Remember,TAK ADA YANG PERFECT.Kalu setakat muka cantik,tapi perangai tuh tak cantik tak kemanalah.Percayalah cakap saye nie,Wahai Hamba Allah.Kenapa susah sangat nak dengar nasihat orang lain nie.Kenapa ego sangat and keras sangat hati awak.One day,we hope you change.Please,take care of your attitude with others.Kteorang pown malas sampai tak bertegur sape tapi awak yang pilih jalan cm nie.So nak kate pe kan.Ikot ko lah pompuan.


Till then,xoxo

Gud nite people.

Jumaat, 27 September 2013

Rules in Life

ASSALAMMUALAIKUM...



Saye tau di dunia nie,bukan semua orang yang suke ngn diri kita.But,walau dimana pown kita berada jadilah diri sendiri.Even ada orang tak suka sekali pown.Yang penting kita tau sape diri kita.Kita kenal sape diri kita.Lumrah hidup memang selalunyr begitu.Tak bole nk lari,it's reality.Ignore jew pada mulut-mulut yang tak bole nak tutup tuh.Kita hidup bukan untuk mencari penghargaan manusia tapi allah yang akan menilai kita.So be happy girls,,,hehehe

xoxo

For UITM student,Gud Luck.Do your best from the best.Especially for DBS part 5.
Insyallah everything will be fine.Wish me luck youolsss....


1. Make Peace With Your Past – so it does not spoil your present. Your past does not define your future, your actions and beliefs do.

2. What Others Think Of You – is NONE of your business. It’s how much you value yourself and how important you think you are.

3. Time Heals Almost Everything – give time, time. Pain will be less hurting. Scars make us who we are; they explain our life and why we are the way we are. They challenge us and force us to be stronger.

4. No One Is The Reason For Your Own Happiness – except YOU, yourself. Waste no time and effort searching for peace and contentment and joy in the world outside.

5. Do NOT Compare Your Life With Others’ – you have NO idea what their journey is all about. If we all threw our problems into a pile and saw everyone else’s, we would grab ours back as fast as we could.

6. STOP Thinking Too Much – it’s alright to NOT know ALL the answers. Sometimes there is no answer, there is not going to be an answer, or there never was an answer. THAT is the answer! Just accept it, move on, NEXT!

7. Smile – you do NOT own all of the problems of the world. A smile can brighten the darkest day and make life more beautiful. It is a potential curve to turn life around and set everything straight.






Till then,Gud nite People....







Selasa, 10 September 2013

mtv world stage 2013

ASSALAMMUALAIKUM...


Hye korang,,,windu saye x hehhhe...setelah sekian lme xupdate blog,baru ari nie de mood and idea nk update blog.Habis bersawang dh blog nie.Actually,yesterday me and my friend balik dr sunway lagoon utk tgk mtv world stage.Itu yang xlarat sampai mcm nie.Lepas tuh salah mkn rsenyr,sampai cirit birit.Banyak kali jugaklah kuar masuk bilik air.Sakit perut tuh allah jewlah yg tau.Dah dua ari xg claz dh.Ok,cter pasal mtv world stage plak,memang best and fun sangat-sangat.Wlaupown terpaksa beratur panjang and berdiri agak lme.Sampai sakit-sakit kaki.Taubat dah pasnie xnk pegi dh.It's the my first time go to the concert because of friend but i'm really enjoy it.My classmate bgtau tiket only RM80.Sape xskekan dpt cm tuh murahkan.Bolelah dikatakn murah.Artis yang buat performance 4 orang jew,JOE FLIZZOW,EXO,FAR EAST MOVEMENT,ROBIN THICKE.




Ini kali pertama dan terakhir,dapat pengalaman pown cukuplah.Sampai my sweetheart pown bising-bising kalu dh kne malapetaka abg xtau.Daripda pegi konsert baek pegi masjid,surau lagi bgus.Kpop ntah ape-ape.Dengan panjang lebar dye mbebel.I know i'm wrong pasnie xpegi dh.Thnkz nasihatkan sye.Berbalik pd mtv world stage 2013,sye suka tgk pengacara si Alan,dhlah hensem and putih melepak.Dapat tgk depan,hensem gler.Lbih hensem dr dalam tv,Seriously,the handsome guy in the world.Bukan main ,hehhhe.Ape-ape pown mtv world stage 2013 terbaik and best gler.Wlaupown ujan renyai-renyai dengan xpkai raincoatnyr.Nasib baiklah xdemam,but nie pown badan dh mle lemah-lemah.Till then people....XOXO















Sabtu, 24 Ogos 2013

Tidak-tidak by Erry Putra

ASSALAMMUALAIKUM...


Tidak tidak padaku
Untuk melupakan dirimu
Walau sudah lama berlalu
Hatiku tetap setia padamu

Ya Tuhan
Kembalikan dia padaku
Yang sangat mencintainya
Tak bisa padaku
Terus hidup tanpa cintanya


Apa lagi yang perlu ku lakukan
Kerna segalanya telah ku coba
Untuk memiliki seluruh hatimu
Yang tinggal hanyalah satu kepasrahan
Oh tidak...tidak

Di mana-mana kau berada
Tapi dirimu sentiasa bersamaku
Kenangan memori kita
Akan selalu sentiasa bersamaku

Ya Tuhan kembalikan dia padaku
Yang sangat mencintainya
Tak bisa padaku terus hidup tanpa cintanya

#lagu nie delah ost kepada cerita cinta jannah,,,best sgt lgu nie...
ble dengar sayu jew hati,,,ewm


Selasa, 20 Ogos 2013

just me...

saye pemalu

saye pendiam

saye lembut

tapi itu tak bermakna orang lain leh pijak saye sesuka ati

tapi itu tak bermakna saye lemah

saye juga punya ati dan perasaan

penat ble kte jew harus jge ati orang lain

tapi ati kte,xde spe yang tau

saye cuba tersenyum,disaat terluka

saye tau saye kuat dan tabah

sebab allah slalu disisi hamba2Nya

tolong jgn judge saye sesuke ati

sblm awk kenal btol2 ngn sye

saye trime orang yg bnci ngn sye

dari orang yg hipokrit mcm korang

saye cume jd diri saye sndri

saye trime hakikat tidak sume kt dlm dunia nie suke kt kte

hidup saye utk mcrik keredhaan allah,bukan manusia

saye xkesah pe orang lain pkir pasal diri saye

asalkan saye bahagia sepanjang hidup saye











Ahad, 18 Ogos 2013

Hanya Allah

ASSALAMMUALAIKUM...

Dia gadis biasa.
Dia bukan gadis yang cantik.
Dia tidak sesolehah yang lain.
Dia akui dia tidak sempurna.
Dia bukan seorang Hafizah,
dan seringkali lalai dalam agama.

Dalam tangisannya,
hatinya kuat berkata :
"Hidup bukan untuk membuatkan orang suka, kerana redha Allah bukan milik manusia."

Dia mengesat perlahan pipinya.
Bangkit melangkah laju.
"Aku hanyalah gadis biasa, tidak mungkin akan sempurna. Tapi aku mahu menjadi hebat di mata Dia." :')




Selasa, 2 Julai 2013

sponsor tidak bertanggungjawab

ASSALAMMUALAIKUM...

Disini saye nak luahkan sikit kekesalan kepada para sponsor giveaway,actually bukan sikit tp banyak sangat.Pleaselah jd sponsor yang bertanggungjawab sikit,saye de menang utk giveaway nie,tp ble saye tnye,hadiah dh post x,ble leh dpt ea.No response,spe yg xskit ati kn.Lme gler kot tunggu,dh besarkan masing-masing leh pkr sendrilah.Sabar sye sudah abz dan saye hanye luahkn pe yg sye rse...Sakit ati,mara sume de...   

Khamis, 27 Jun 2013

Seorang gadis

Seorang gadis bertudung makan seorang diri...

tiba-tiba datang sekumpulan remaja duduk di meja sebelah..

Seorang gadis dari kumpulan itu berkata :

"gadis kampung mana pulak datang restoran mahal camni pastu makan guna tangan pulak tu...ni mesti tak reti nak pakai sudu dan garfu kan.."

Seorang anak muda pulak menyampuk :

"ish...muka cantik..tapi makan sampai licin pinggan..malu doh kalau aku jadi bf dia..kalau awek aku makan x sampai separuh pinggan..diet katakan..nak jaga badan...."

Seorang lagi berkata :

"eww..tengok tu...sampai menjilat jari dowh..geli aku...pengotor rupanya awek ni..."..

Kemudian datang seorang lelaki yang tidak dikenali ke arah kumpulan remaja tu...

Lelaki tu berkata:
Gadis bertudung itu makan guna tangan kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w. bukan kerana dia gadis kampung.
Gadis bertudung itu makan sampai licin kerana dia tak ikut nafsu untuk membazir, bukan kerana dia tidak malu.
Gadis bertudung itu makan sampai menjilat jari kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w, bukan kerana dia pengotor.

p/s : Rasulullah saw. bersabda yg bermaksud : “Sesiapa yg menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya ia telah mencintaiku, dan sesiapa yg mencintaiku, nescaya ia bersama-samaku di dalam syurga.. (Riwayat Anas ra.)

Khamis, 20 Jun 2013

diam

ASSALAMMUALAIKUM...

Diam

Tidak bermakna aq tidak punya perasaan

cuba untuk menahan pelbagai perasaan

terutama sekali sakit hati

kadang-kadang aq rapuh sehingga menitiskan air mata

tidak sanggup untuk berhadapan dengan orang-orang sekeliling

cuba untuk hipokrit yg aq tidak mengambil kesah dengan percakapan mereka

yg menghiris hati 

Kadangkala aq perlukan masa untuk bersendirian

untuk menenangkan hati yg sedang bersedih

ya allah,ku pohon kekuatan dariMu

untuk tetap teguh,kuat dan tabah

yea,aq mengaku aq memang terlalu menjaga hati mereka

sehinggakan hati sendiri terabai

hatiku menangis,wlaupown dlm senyuman









Ahad, 16 Jun 2013

when i'm childish

ASSALAMMUALAIKUM...











When i’m childish,gambar pown nampak keanak-anakan jugak and most important comel...hahha,comel ke macam x jew..masuk bakul angkat sendiri nampak,btol ke peribahasa 2 ntahlah entam jew asalkan jd,huhu.Wlaupown umo dh 20 sikap childish 2 still de,bukan saye jew...rakan-rakan blog pown de lagi sikap cm nie kan,hikhik xbaik tipu  taw.Sometimes kte perlu sikap nie,xdelah hidup serius jew memanjang kan.Perangai childish akn terlebih ble saye de kt umah family,siap maen kejar-kejar agi,gaduh-gaduh manje ngn adik hehhe,lebih-lebih lagi saye yg jenis homesick nie,blik umah jew de jew perangainyr.Kalu ngn bf plak,asik kne mara jew...leh x jd matang skit,gler dye layan perangai saye cm nie....sorry dear,wlaupown sikap saye cm nie awk still sygkan saye,awk tahan ngn perangai saye...ok that’s all people,hehhe  ^^







Isnin, 3 Jun 2013

sifat lelaki


ASSALAMMUALAIKUM...








1.) Jika lelaki itu diam, braarti dia

sedang mendengarkanmu.


2.) Jika lelaki menatapmu, dia
berfikir kaulah yang tercantik di
dunia.

3.) Jika kau bersandar di bahu
atau dadanya, dia merasa telah
memiliki dunia.

4.) Jika Lelaki sering menelefonmu
tanpa alasan, berarti dia sedang
in Love padamu.

5.) Jika Lelaki berkata dia
merindukanmu, berarti dia
sedang merindukanmu melebihi
yang kau bayangkan.




Thanks for reading people...xoxo

Rabu, 29 Mei 2013

kucing

ASSALAMMUALAIKUM...







Sape takut kucing,angkt tangan sikit...hahha,xnampaklah...saye sowang jew takut kucingkan,yg laen sume minat gler kucing.Xdelah,actually cm nie saye ske tgk anak-anak kucing yg comel,kecik-kecik jew kn especially yg berwarna putih,rse nk peluk-peluk jew,tapi kata-kata itu hanya bermain dalam hati sahaja,xberani nak tunjukkan melalui perbuatan...sebab takut nak pegang,saye de satu pengalaman pahit,time tuh baru darjah 6 kalu xsilap.Nak dijadikan cerite saye nak pegang kucing 2,xtau pe yg silap,dye cakar kt tangan...sakit xterkata weyh,adoiii and disebabkan itulah saye takut ngn kucing sampai sekarang.







Bila kat kedai makan,kucing duduk kat bawah meja pown.Saye dh suruh adik2 and my parents halau kucing 2,punyrlah kejam kan.Helo,cik wiyah kedai tuh bukan hang yg punyr ske  ati kucing tulah nak duk mne and sometimes saye nampak kucing 2 macam harimau,gler xglerkan hahha.Tapi itu dululah,skrang dh dapat mengatasi perasaan takut 2,siap download lagi picture kucing-kucing comel.Bila nampak kucing-kucing kat tepi jalan,yg terbiar 2..rse sdiyh sgt,sayu jew ewm...













Thanks for reading people...

xoxo

Selasa, 28 Mei 2013

Tanpa


ASSALAMMUALAIKUM...





Tanpa Allah , kita tidak tercipta . Tanpa Ibu , kita tidak dilahirkan . Tanpa bapa , kita tidak sempurna . Tanpa keluarga , siapa lah kita


Thanks for everything...





#first time pakai selendang,hikhik...bertambah bulat muka gue,lepas nie kena biasakan...

Thanks for reading everyone...xoxo

Isnin, 27 Mei 2013

Three personalities

ASSALAMMUALAIKUM...










Jumaat, 24 Mei 2013

khabar gembira untuk bakal pengantin

Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.

Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…

1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)

Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)

Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.

Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.

Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?

3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)

Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)

5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)

Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.

Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.

Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,

Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,

Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.

Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).

Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).

Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).

6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)

Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.

7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)

Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.

8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)

Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.

9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)

10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)

Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.

Sabtu, 18 Mei 2013

selamat hari guru


ASSALAMMUALAIKUM...

Hye uoolsss...tentunyr semalam adalah hari yg paling bermakna buat guru-guru di seluruh Malaysia.Mesti banyak hadiah dan ucapan guru-guru terima drpd anak-anak muridkan,hepy gitu.Pengorbanan dan jasa guru-guru terlalu banyak,tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.Jasamu sangat dihargai,perit-jerih mendidik kami sume menjadi seorang yg berjaya untuk mencapai cita-cita dan impian.Di kesempatan ini,saye ingin mengucapkan “Selamat Hari Guru” kepada guru-guru yang telah mengajar saye,kne marah sume kan hehehe,tapi itu untuk kebaikan saye jgk.

Especially untuk guru-guru:

Tadika Jaim kt Tmn Seri Duyung Seksyen 2
Sek. Keb. Seri Duyung
Sek.Ren.Agama Seri Duyung
Sek.Men.Keb Bukit Katil
Sek.Men.Keb Padang Temu
Uitm kampus Afamosa
Guru Memandu
Guru Mengaji




Tidak dilupakan jugak buat lecture-lecture yang telah mengajar saye,buat extra class sume bg memastikan kteowg sume mendapat result yg cemerlang dan yg paling penting agi,no repeat...I love you teacher,sayang lebih skit..skit jew,x banyak..hikhik,gurau jew.Tapi yg paling terharu,de sowang lecture nie ckp “Kowang yg nak exam,sye pulak yg nervous”.Amboi miss,nak gantikan tempat kiteowg ke amik final...hahha,,,Zaman sekolah pown dh lme berlalu.3taun dh tinggalkan sekolah,sekarang nie dh msuk u.Alhamdulilah




Thanks for reading everyone...xoxo

Selasa, 14 Mei 2013

result


ASSALAMMUALAIKUM...




Agak lame xupdate blog nie,tahap kemalasan yg melampau membuatkan saye malas nk update blog.Hanye join giveaway saje hikhik.biaselah dapat hadiah free kn tanpa mengeluarkan sebarang budget.Alhamdulilah baru-baru nie result diumumkan,syukurlah keputusan yg sye dapat agak memberangsangkan.Because soalan yang lepas sangat mencabar minda.Untuk group study,tidak sia-sia usaha kita especially bella,ida and nurul.Untuk sem akan datang,i will improve for my result.Insyallah.Tak expect pown hehhe  ^^


Thanks to allah
Thanks to my family
Thanks to my friends
Thanks to my lecturer
Thanks to my sunshine


For uoolss,thanks to support and motivate me,memberikan kata-kata perangsang yg pnuh semangat,mendoakan kejayaan saye.I’m really appreciate it.Kepada member-member yg dapat dekan.Congrates yea!!!!Setiap yg berusaha pasti akan dapat hasilnya.Kepada yg tidak berjaya,don’t give up.Usaha tangga kejayaan.


Satu nasihat dari saye:

Janganlah nk meniru,bawak toyol-toyol kowang ke dalam dewan untuk dapatkan dekan yg cemerlang.Bukan sahaja result tidak berkat,tapi kowang xmerasakan susah payahnya bertungkus lumus untuk exam.Tapi sewenang-wenangnya mengambil cara yg mudah,sedangkan orang lain sanggup xckup tido,xckup makan.Mohon terasa.Please brubah.Remember.Allah sentiasa memerhatikan tingkah laku kita.


Thanks for reading everyone...xoxo ♥♥♥
BLOG PERIBADI HAK MILIK SYAZWIYAH