Rabu, 29 Mei 2013

kucing

ASSALAMMUALAIKUM...







Sape takut kucing,angkt tangan sikit...hahha,xnampaklah...saye sowang jew takut kucingkan,yg laen sume minat gler kucing.Xdelah,actually cm nie saye ske tgk anak-anak kucing yg comel,kecik-kecik jew kn especially yg berwarna putih,rse nk peluk-peluk jew,tapi kata-kata itu hanya bermain dalam hati sahaja,xberani nak tunjukkan melalui perbuatan...sebab takut nak pegang,saye de satu pengalaman pahit,time tuh baru darjah 6 kalu xsilap.Nak dijadikan cerite saye nak pegang kucing 2,xtau pe yg silap,dye cakar kt tangan...sakit xterkata weyh,adoiii and disebabkan itulah saye takut ngn kucing sampai sekarang.







Bila kat kedai makan,kucing duduk kat bawah meja pown.Saye dh suruh adik2 and my parents halau kucing 2,punyrlah kejam kan.Helo,cik wiyah kedai tuh bukan hang yg punyr ske  ati kucing tulah nak duk mne and sometimes saye nampak kucing 2 macam harimau,gler xglerkan hahha.Tapi itu dululah,skrang dh dapat mengatasi perasaan takut 2,siap download lagi picture kucing-kucing comel.Bila nampak kucing-kucing kat tepi jalan,yg terbiar 2..rse sdiyh sgt,sayu jew ewm...













Thanks for reading people...

xoxo

Selasa, 28 Mei 2013

Tanpa


ASSALAMMUALAIKUM...





Tanpa Allah , kita tidak tercipta . Tanpa Ibu , kita tidak dilahirkan . Tanpa bapa , kita tidak sempurna . Tanpa keluarga , siapa lah kita


Thanks for everything...





#first time pakai selendang,hikhik...bertambah bulat muka gue,lepas nie kena biasakan...

Thanks for reading everyone...xoxo

Isnin, 27 Mei 2013

Three personalities

ASSALAMMUALAIKUM...










Jumaat, 24 Mei 2013

khabar gembira untuk bakal pengantin

Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.

Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…

1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)

Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)

Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.

Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.

Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?

3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)

Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)

5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)

Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.

Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.

Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,

Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,

Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.

Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).

Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).

Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).

6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)

Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.

7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)

Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.

8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)

Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.

9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)

10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)

Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.

Sabtu, 18 Mei 2013

selamat hari guru


ASSALAMMUALAIKUM...

Hye uoolsss...tentunyr semalam adalah hari yg paling bermakna buat guru-guru di seluruh Malaysia.Mesti banyak hadiah dan ucapan guru-guru terima drpd anak-anak muridkan,hepy gitu.Pengorbanan dan jasa guru-guru terlalu banyak,tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.Jasamu sangat dihargai,perit-jerih mendidik kami sume menjadi seorang yg berjaya untuk mencapai cita-cita dan impian.Di kesempatan ini,saye ingin mengucapkan “Selamat Hari Guru” kepada guru-guru yang telah mengajar saye,kne marah sume kan hehehe,tapi itu untuk kebaikan saye jgk.

Especially untuk guru-guru:

Tadika Jaim kt Tmn Seri Duyung Seksyen 2
Sek. Keb. Seri Duyung
Sek.Ren.Agama Seri Duyung
Sek.Men.Keb Bukit Katil
Sek.Men.Keb Padang Temu
Uitm kampus Afamosa
Guru Memandu
Guru Mengaji




Tidak dilupakan jugak buat lecture-lecture yang telah mengajar saye,buat extra class sume bg memastikan kteowg sume mendapat result yg cemerlang dan yg paling penting agi,no repeat...I love you teacher,sayang lebih skit..skit jew,x banyak..hikhik,gurau jew.Tapi yg paling terharu,de sowang lecture nie ckp “Kowang yg nak exam,sye pulak yg nervous”.Amboi miss,nak gantikan tempat kiteowg ke amik final...hahha,,,Zaman sekolah pown dh lme berlalu.3taun dh tinggalkan sekolah,sekarang nie dh msuk u.Alhamdulilah




Thanks for reading everyone...xoxo

Selasa, 14 Mei 2013

result


ASSALAMMUALAIKUM...




Agak lame xupdate blog nie,tahap kemalasan yg melampau membuatkan saye malas nk update blog.Hanye join giveaway saje hikhik.biaselah dapat hadiah free kn tanpa mengeluarkan sebarang budget.Alhamdulilah baru-baru nie result diumumkan,syukurlah keputusan yg sye dapat agak memberangsangkan.Because soalan yang lepas sangat mencabar minda.Untuk group study,tidak sia-sia usaha kita especially bella,ida and nurul.Untuk sem akan datang,i will improve for my result.Insyallah.Tak expect pown hehhe  ^^


Thanks to allah
Thanks to my family
Thanks to my friends
Thanks to my lecturer
Thanks to my sunshine


For uoolss,thanks to support and motivate me,memberikan kata-kata perangsang yg pnuh semangat,mendoakan kejayaan saye.I’m really appreciate it.Kepada member-member yg dapat dekan.Congrates yea!!!!Setiap yg berusaha pasti akan dapat hasilnya.Kepada yg tidak berjaya,don’t give up.Usaha tangga kejayaan.


Satu nasihat dari saye:

Janganlah nk meniru,bawak toyol-toyol kowang ke dalam dewan untuk dapatkan dekan yg cemerlang.Bukan sahaja result tidak berkat,tapi kowang xmerasakan susah payahnya bertungkus lumus untuk exam.Tapi sewenang-wenangnya mengambil cara yg mudah,sedangkan orang lain sanggup xckup tido,xckup makan.Mohon terasa.Please brubah.Remember.Allah sentiasa memerhatikan tingkah laku kita.


Thanks for reading everyone...xoxo ♥♥♥
BLOG PERIBADI HAK MILIK SYAZWIYAH