Ahad, 25 November 2012

pergi tidak kembali


ASSALAMMUALAIKUM...

pagi tadi pada jam 9,,,my mom and my dad pergi ziarah orang meninggal iaitu     
nenek tiri saye....saye mmg terkejut sgt,,,tapi allah lebih myayangi dye...mmg terkilan sgt saat tuh...coz my mom dh kejutkn dh ajak pergi same...but i'm not hearing any voice,mybe saye ngntok sgt...sdiyh sgt xdpt pegi tgk arwah...bile teringatkan kenangan saye ngn arwah ngn adk2 sedare saye...hati sdiyh sgt...hanye doa yg mampu saye kirimkan untuk dye disana...semoga ditempatkn dikalangan orang yang beriman...

disaat saye sedang menaip entry nie,,,saye teringatkan arwah atuk sye belah abah,arwah suami makcik saye,arwah atuk nenek belah mak...dan pak cik saye...kenangan bersama mereka xkn sye lupakan...

disaat kita kehilangan orang yang kita sayang...jgnlah smpi kte menangis meraung-meraung..it's not good right...tapi kite kne kuat dan tabah untuk menghadapi dugaan seperti nie,bile kite menangis cm tuh,kte agi seksakn arwah tersebut so kite mesti merelakn dye pergi ngn ati yg tenang dan sabar...jgn lpe doakn mereka selps kita solat


di sini saye ingin titipkan beberapa nasihat untuk kite semua amalkn...dan peringatan untuk diri saye jgk...al fatihah untuk arwah...




a) Dilarang orang-orang yang menziarahi keluarga yang baru ditimpa kematian hadir di tempat rumah tersebut dengan bergurau senda dengan teman-teman yang lain. Perkara ini akan menyinggung perasaan keluarga tersebut. Mereka haruslah mengucapkan takziah kepada keluarga tersebut perkataan: "Semoga Allah menambahkan ganjaran pahala kamu, dan memperbaiki kedudukan kamu serta mengampunkan dosa ahli keluarga kamu yang baru meninggal."


b) Disunatkan bagi orang yang menziarahi kematian agar membaca Surah Yasin seperti yang disebutkan di dalam hadis yang bermaksud "Bacalah ke atas mereka yang sedang menghadapi kematian dengan membaca Surah Yasin." (Riwayat Abu Daud)

c) Digalakkan agar dihulurkan bantuan yang berbentuk wang atau makanan kepada keluarga yang ditimpa kematian khususnya bagi keluarga yang miskin.

d) Makruh bagi orang yang menziarahi rumah yang ada kematian, makan/minum di rumah tersebut kerana ianya menyibukkan lagi ahli keluarga tersebut. Melainkan jika makanan atau minuman tersebut disediakan oleh jiran tetangga bagi keluarga yang ditimpa kematian.




e) Berbicara dengan baik. Diriwayatkan oleh Muslim dari Ummu Salamah, dia berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: "Apabila kamu datang mengunjungi orang yang sakit atau orang mati, hendaklah kamu berbicara yang baik, kerana sesungguhnya Malaikat mengaminkan terhadap apa yang kamu ucapkan."

Namun, ramai orang sekarang apabila berada di rumah orang mati, mereka suka berbicara perkara-perkara yang menyentuh peribadi orang yang mati tersebut. Seperti menceritakan perilaku tidak elok orang yang mati itu ketika dia masih hidup. Sebenarnya perihal semasa dia hidup tidak perlu lagi dibicarakan kecuali pada perkara-perkara yang baik sahaja untuk dijadikan teladan kepada yang masih hidup.




f) Perlu menghormati rumah keluarga yang baru mengalami kematian. Pastikan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menyinggung perasaan keluarga si mati seperti banyak berlawak jenaka, berbual dengan suara yang tinggi atau bercerita perkara yang bukan-bukan. 



 g)Elakkan juga terlalu banyak bertanya kepada sanak keluarga si mati seperti bertanyakan sebab-sebab kematian, punca penyakit dan sebagainya. Sebaliknya lakukan perkara-perkara yang boleh menenangkan perasaan mereka seperti ingatan supaya banyak bersabar dan segala yang berlaku merupakan ujian daripada Allah dan balasan serta ganjaran yang sedia menanti bagi orang-orang yang bersabar. 

 h)Membaca Quran dengan suara yang sederhana, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. 

i)Sebaiknya keluarga si mati tidak perlu disibukkan dengan urusan memberi jamuan kepada pelawat yang hadir. Jika adapun, boleh dilakukan selepas urusan penyenggaraan mayat telah selamat diselesaikan.  

j)Tiada sebarang syarat untuk duduk di atas kerusi membaca Quran jika mayat berada di atas katil


#setiap yang hidup pasti akan mati,,dariNya kite datang dan kepadaNya kite kembali...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BLOG PERIBADI HAK MILIK SYAZWIYAH